Malay Class, Pn. Juliana
Bismillahirrahmanirrahim
It was the only opportunity for me to expressed all the things
that pacing, playing, staying in my head.
Too much story for the past two weeks after registration for Semester 3
It was kind of hollow there! Barren! Nothing in my heart!
and even more worse,
It is RAMADHAN! The month of blessings and to teach our Nafs.
Maybe; there are too much sin that I COMMITTED
YA! it is a lot! Especially with human.
and I was driven by condition to write this poem in the Malay class just
after teacher Jue instructed to do so.
MANUSIA
Boleh aku kata
menjadi manusia itu bukan mudah
Dilihat; diteliti dan dikritik
menjadi hiprokrit itu
amatlah perit sekali
Boleh aku kata
menjadi manusia itu amatlah rumit
hati perasaan insan lain
perlu dijaga;
Sehingga dirimu yang merana
terima; tolak mahupun abaikan
itulah pilihan yg sukar
Boleh aku kata
menjadi manusia itu anugerah
kerana hidupmu penuh dengan cabaran
setiap detik dan kisahmu dihiasi dengan warna
Biru, Merah, Kuning, Hitam, Putih
warna yang sebenarnya datang dari air matamu sendiri.
Boleh aku kata
menjadi manusia itu
antara dirimu
Amanah atau kepentingan diri
Boleh aku kata
menjadi manusia itu
kita punya perasaan
kita punya perasaan
hubungan
kasih sayang, persahabatan, percintaan
amat rapuh, tidak kekal
mungkin berubah
Boleh aku kata
menjadi manusia itu
adalah membuat pilihan
Perubahan atau Ketetapan
Ia ada ditanganmu!
Boleh aku kata
menjadi manusia itu
adalah membuat pilihan
Perubahan atau Ketetapan
Ia ada ditanganmu!
Menjadi manusia
boleh aku kata
Itulah aku!