HUMAN, DO MORE THAN JUST EXIST

Friday, May 29, 2015

IKHLAS




Surah Al- Ghafir 40: 65

40:65

Dia lah Yang Tetap Hidup;
tiada Tuhan( yang berhak disembah) melainkan Dia; 
maka sembahlah kamu akan Dia dengan 
mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata- mata. 
Segala puji bagi Allah Tuhan yang metadbir sekalian alam.

~IKHLAS~

" eh, kau lah pulak kena belanja aku, hari tu kan aku dah tolong kau"

IKHLAS. Perbuatan yang melibatkan HATI.
Hati nurani manusia ini akan dipenuhi dan dihiasi dengan dua perkara sahaja
yakni sama ada perkara yang membawa kita dekat kepada Allah Ya Rabb
atau perkara yang membuatkan kita lalai daripada tujuan hidup kita yang sebenar.

Nampaknya, pilihan memang terletak di tangan kita.
YA BETUL sudah tertulis semuanya di Luh Mahfuz
tetapi ia juga atas pilihan kita,

Kembali kepada IKHLAS
Bagaimana mahu ikhlas?
Masihku ingat syllabus Pendidikan Islam di sekolah dulu
Syarat penerimaan sesuatu ibadah itu ada 3
1) Niat kerana Allah swt
2) Ikhlas
3) Cara yang menepati syarak

Begitu besar sumbangan IKHLAS kepada ibadah kita.
Tugas kita di muka bumi ini ialah:
Beribadah kepada Allah swt dan menjadi khalifahnya.
Tanpa ikhlas, adakah akan diterima ibadah kita?
Meskipun kita tahu bahawa hanya Allah swt yang membuat penilaian
Tetapi tidak salah untuk kita 
beribadah dengan bersungguh dan ikhlas.
Bukan kerana kita inginkan pahala,
Tetapi untuk melunaskan tanggungjawab kita
sebagai hamba Allah swt. 

Aku duduk terdiam. Memikirkannya.
 IKHLAS! IKHLAS! IKHLAS!
Bagaimana???????
Aku buntu; kerana sebagai seorang hamba, kita semestinya menginginkan
ibadah yang dimanisfestasikan itu adalah yang 
TERBAIK
THE BEST EVERH.
Buat TUHAN yang telah memberikan segalanya kepada kita.
Ar- rahman.

Allahu. jangan dibicara masalah hati. 
Begitu banyak sekali benda yang tak settle.
Jika hendak dibual tentang riak, sum'ah, takabbur. 
Itu sudah cukup membuktikan problem hati 
yang menghantui seorang Muslim
itupun kalau kita SEDAR dan tidak tenggelam dalam permainan syaitan.
BERTAUBATLAH!

Statement itu buat ku terfikir.
Mira... statement yang mana?
Statement yang awal sekali tu.
Hehe

Kalau dia ikhlas menolong, pasti dia tak ungkit dan tidak mengharapkan apa- apa balasan daripada temannya ketika dia dalam keadaan susah.
Mashallah!
Tidak kah engkau sedar wahai Amirah?
Wahai sahabat handaiku?

Itulah jawapan untuk IKHLAS!

IKHLAS ialah KAMU MELAKUKAN SESUATU KERANA ALLAH SWT! 
TANPA MENGHARAPAKAN APA-APA BALASAN DARIPADANYA!
KERANA KITA HANYA HAMBANYA!!!

Ya Allah! Aku belajar ilmu ini, 
bersusah payah menuntut ilmu,
HANYA keranaMU!
bukan kerana periksa, 
bukan kerana ingin result yang baik,
BUKAN!

Ya Allah! Aku solat Dhuha ini,
HANYA KERANA mu!
bukan kerana aku ingin fadhilat dimurahkan rezeki.
sudah cukup. SANGAT CUKUP! rezekimu terhadapku.
Segala puji bagi Allah.

Ya Allah aku buat sesuatu ini,
Hanya PADAmu!


Ya! IKHLAS perlu di WORK OUT!
bukan badan sahaja tau.

(Opppppsssss)

Mungkin mengambil masa yang lama
Perlunya untuk kita berusaha kearah mencapai ikhlas.

Mulai hari ini. Belajarlah berkata.
"Ya Allah! AKU BUAT SEMUA INI HANYA UNTUKMU!
dan AKU TIDAK MENGHARAPKAN APA-APA BALASAN!


Thanks for reading :)








No comments:

Post a Comment

CARA MENERBITKAN BUKU DI MALAYSIA