23/12/2018
10.00pm
Paris airport ➡️ Ataturk airport, Istanbul
~Tutup~
Terasa aneh kain dikepalaku
Aku berjalan ke setiap kedai kerana laparnya perut.
Tibanya waktu solat, sembah puji pada yang Satu,
Aku sedikit ragu untuk membiarkan temanku bersujud di tepi kawasan umum itu
Ku dengar, solat ditempat awam di Paris, bisa mengundang perhatiaan.
Tegas aku menanyakan kembali kepadanya. Ternyata, dia berani dan mencari tempat yg agak tidak terlihat oleh manusia.
Aku fikir mengapa harus ku tutup? Lihatkan kepada dunia. Betapa rahmahnya dan ramahnya agama ini. Agama sejahtera. Media yang mengkaburinya. Atau mungkin juga penganutnya sendiri tidak menyatakan kepercayaan ini dengan sebaiknya.
•••••••••••
~Penarik~
Di ‘baggage collect area’.
Begitu banyak sekali beg beg ditinggalkan. Dilupai atau tidak dipeduli?
Aku memahami, dalam perjalanan ini, pentingnya yang menarik itu. Menarik kearah destinasi yang benar. Banyak sahaja yang dibiarkan asbab pemiliknya tidak mahu memimpin
Pentingnya penggerak....
••••••••••
~isyarat~
Temanku meminta ‘trolley’ untuk ditolaknya bagasi. Tiada yang kelihatan. Aku menggeleng menandakan ia tiada. Ditanya pada seorang pakcik, trolley yang ditolak itu didapati dimana. Tangan temanku menunjuk ke arah trolley tersebut.
Pakcik itu tidak mampu bertutur inggeris. Lalu diangkat 4 jari nya.
Kami tahu - Itu merujuk pada -baggage area no.4-
Aku terpegun, dia meneruskan bercakap dalam bahasanya sambil jari ditunjuk pada kami.
Lalu aku terus berlari laju dari papan tanda 1 ke papan tanda 4. Sudah ku dapat trolley itu. Senang hati ku.
••••••••••
~3 ganda~
Kami menuju ke Vodafone- supaya simcard dapat dibeli. Simcard ini boleh diguna di kawasan Asia dan eropah negara Turkey.
Namun, kami menyedari dijualnya pada harga yang melambung tinggi. 330TL (turkish lira). Jika ku kira. Hampir 66 Euro. Tidak setanding simcard ‘three’ yang ku beli semasa di Tahun 1 pengajian. Hanya 20 euro sahaja.
Makanya. Kami berpatah kembali. Melihat google. Katanya diluar bisa didapati dengan harga 100 TL di kedai Turk Telekom - .
Terkesima di situ. 3 kali ganda kami ditipu.
••••••••••
Kebenaran... Aku belajar, seharusnya diusahakan. Seperti usahanya pakcik itu menunjukkan jarinya demi membantu kami. Atau mudahnya kebenaran itu ditutup dengan kebohongan meskipun punya kemudahan untuk berkomunikasi.
Manusia. Sungguh kamu bisa memilih.
No comments:
Post a Comment