#Mudinsjourney
23/12/2018
8.30am - 12.00pm
Dublin ➡️ Cork
Cork ➡️Paris
~Peduli~
Hari ni begitu banyak sekali aku ditemukan dengan mulianya hati manusia
Tidak berkiranya mereka. Bantuan dihulurkan tanpa adanya syarat.
Aku kira mereka sangat kesah pada yang lain
••••••••••
Jam 8.30pagi. Aku menunggu bus Air coach di Ashton Quay untuk ke bandar Cork. Penerbangan ke Turkey ku ambil dari situ.
Bermula dengan bateri telefonku yang semakin berkurang, Aku berjalan hampir ke 3 tempat duduk berbeza di dalam bus tersebut. Plug di dalam bus semuanya tiada fungsi. Perlu aku penuhkan bateri telefonku kerna keperluan mencari maklumat sejarah perlu digunakan untuk ‘google search’ sepanjang 3 jam perjalanan ini.
Sedang aku kalut mencari plug yg lain. Seorang pemuda, tiba tiba menghulurkan ‘power bank’ nya kepada ku. Aku hanya tersenyum dan menolak kerana aku tahu benar dia sangat memerlukannya kerana dia seorang backpacker. Sedang aku sendiri punya power bank, cumanya ku simpan buat akan datang.
Disimpannya kembali lalu berehatlah pemuda itu untuk sejam akan datang.
••••••••••
Setibanya ku di Cork,
Bandar itu sungguh meriah, hiasan lampu dan ramainya pengunjung.
Perayaan christmas makin menjelang
Menjadikan hampir semua kedai menaikkan banner jualan diskaun mereka. Ku tuju ke Debenham - pusat membeli belah di sana
Aku cari ‘money changer’ untuk ku tukar Euro ke Turkish Lira. Setelah selesai, aku tuju ke ‘restroom’ bersebelahan.
Air di paip sebelah terbuka. Sedang aku sibuk membetulkan tudungku, seorang nenek tua yang sedang mengeringkan tangannya menoleh ke sinki tersebut dan cuba untuk menutup paip tersebut. Airnya tetap mengalir, kerana pilinya begitu. Lalu nenek itu berlalu pergi dan menoleh kepada ku.
••••••••••
Pada ku, kesah dan peduli pada yang lain itu menuntut fokusku. Fokus kepada perbuatan , gerak geri dan percakapannya. Sedang aku hidup diajar untuk tidak mengambil perkara kecil itu sebagai suatu yang memberatkan. Aku terbiasa untuk memandang yang besar itu penting. Iaitu pentingnya keadaanku. Bukannya sekeliling.
Manusia, tujuan dan 'priority’
Membantu hanya mahu belas kasihan dari mu,
Tidak perlu syarat, hanya beri dengan hati
Cuma, adakah kamu peduli dan perhati? Atau hanya kesahkan diri?
No comments:
Post a Comment