HUMAN, DO MORE THAN JUST EXIST

Monday, December 24, 2018

Turkey day 1 #1






#Mudinsjourney
23/12/2018
8.30am - 12.00pm
Dublin ➡️ Cork
Cork ➡️Paris 

~Peduli~
Hari ni begitu banyak sekali aku ditemukan dengan mulianya hati manusia

Tidak berkiranya mereka. Bantuan dihulurkan tanpa adanya syarat. 
Aku kira mereka sangat kesah pada yang lain
••••••••••

Jam 8.30pagi. Aku menunggu bus Air coach di Ashton Quay untuk ke bandar Cork. Penerbangan ke Turkey ku ambil dari situ. 

Bermula dengan bateri telefonku yang semakin berkurang, Aku berjalan hampir ke 3 tempat duduk berbeza di dalam bus tersebut. Plug di dalam bus semuanya tiada fungsi. Perlu aku penuhkan bateri telefonku kerna keperluan mencari maklumat sejarah perlu digunakan untuk ‘google search’ sepanjang 3 jam perjalanan ini. 

Sedang aku kalut mencari plug yg lain.  Seorang pemuda, tiba tiba menghulurkan ‘power bank’ nya kepada ku. Aku hanya tersenyum dan menolak kerana aku tahu benar dia sangat memerlukannya kerana dia seorang backpacker. Sedang aku sendiri punya power bank, cumanya ku simpan buat akan datang. 

Disimpannya kembali lalu berehatlah pemuda itu untuk sejam akan datang.

••••••••••
Setibanya ku di Cork,
Bandar itu sungguh meriah, hiasan lampu dan ramainya pengunjung. 
Perayaan christmas makin menjelang 
Menjadikan hampir semua kedai menaikkan banner jualan diskaun mereka. Ku tuju ke Debenham - pusat membeli belah di sana

Aku cari ‘money changer’ untuk ku tukar Euro ke Turkish Lira. Setelah selesai, aku tuju ke ‘restroom’ bersebelahan. 

Air di paip sebelah terbuka. Sedang aku sibuk membetulkan tudungku, seorang nenek tua yang sedang mengeringkan tangannya menoleh ke sinki tersebut dan cuba untuk menutup paip tersebut. Airnya tetap mengalir, kerana pilinya begitu. Lalu nenek itu berlalu pergi dan menoleh kepada ku. 
••••••••••

Pada ku, kesah dan peduli pada yang lain itu menuntut fokusku. Fokus kepada perbuatan , gerak geri dan percakapannya. Sedang aku hidup diajar untuk tidak mengambil perkara kecil itu sebagai suatu yang memberatkan. Aku terbiasa untuk memandang yang besar itu penting. Iaitu pentingnya keadaanku. Bukannya sekeliling. 

Manusia, tujuan dan 'priority’
Membantu hanya mahu belas  kasihan dari mu,
Tidak perlu syarat, hanya beri dengan hati

Cuma, adakah kamu peduli dan perhati? Atau hanya kesahkan diri?


Turkey Day 1 #2



23/12/2018
10.00pm
Paris airport ➡️ Ataturk airport, Istanbul 

~Tutup~

Terasa aneh kain dikepalaku
Aku berjalan ke setiap kedai kerana laparnya perut. 

Tibanya waktu solat, sembah puji pada yang Satu,
Aku sedikit ragu untuk membiarkan temanku bersujud di tepi kawasan umum itu

Ku dengar, solat ditempat awam di Paris, bisa mengundang perhatiaan. 

Tegas aku menanyakan kembali kepadanya. Ternyata, dia berani dan mencari tempat yg agak tidak terlihat oleh manusia. 

Aku fikir mengapa harus ku tutup? Lihatkan kepada dunia. Betapa rahmahnya dan ramahnya  agama ini. Agama sejahtera. Media yang mengkaburinya. Atau mungkin juga penganutnya sendiri tidak menyatakan kepercayaan ini dengan sebaiknya. 
•••••••••••
~Penarik~

Di ‘baggage collect area’. 

Begitu banyak sekali beg beg ditinggalkan. Dilupai atau tidak dipeduli?

Aku memahami, dalam perjalanan ini, pentingnya yang menarik itu. Menarik kearah destinasi yang benar. Banyak sahaja yang dibiarkan asbab pemiliknya tidak mahu memimpin 

Pentingnya penggerak....

••••••••••






~isyarat~ 

Temanku meminta  ‘trolley’ untuk ditolaknya bagasi. Tiada yang kelihatan. Aku menggeleng menandakan ia tiada.  Ditanya pada seorang pakcik, trolley yang ditolak itu didapati dimana. Tangan temanku menunjuk ke arah trolley tersebut. 

Pakcik itu tidak mampu bertutur inggeris. Lalu diangkat 4 jari nya. 
Kami tahu - Itu merujuk pada -baggage area no.4- 

Aku terpegun, dia meneruskan bercakap dalam bahasanya sambil jari ditunjuk pada kami. 

Lalu aku terus berlari laju dari papan tanda 1 ke papan tanda 4. Sudah ku dapat trolley itu. Senang hati ku. 

••••••••••
~3 ganda~
 Kami menuju ke Vodafone- supaya simcard dapat dibeli. Simcard ini boleh diguna di kawasan Asia dan eropah negara Turkey. 

Namun, kami menyedari dijualnya pada harga yang melambung tinggi.  330TL (turkish lira).  Jika ku kira. Hampir 66 Euro. Tidak setanding simcard ‘three’ yang ku beli semasa di Tahun 1 pengajian. Hanya 20 euro sahaja. 

Makanya. Kami berpatah kembali. Melihat google. Katanya diluar bisa didapati dengan harga 100 TL di kedai Turk Telekom - . 

Terkesima di situ. 3 kali ganda kami ditipu. 

••••••••••
Kebenaran... Aku belajar, seharusnya diusahakan. Seperti usahanya pakcik itu menunjukkan jarinya demi membantu kami.  Atau mudahnya kebenaran itu ditutup  dengan kebohongan meskipun punya kemudahan untuk berkomunikasi. 

Manusia. Sungguh kamu bisa memilih. 










CARA MENERBITKAN BUKU DI MALAYSIA