HUMAN, DO MORE THAN JUST EXIST

Thursday, January 24, 2019

Berbuat

Day 1
~Berbuat~

Hari pertamaku dimulakan dengan sesaknya keadaan trafik di Penang ini. 

Risau dan gementar juga kerana ahli yang lain sudah tiba. 

Kereta dipandu laju. Aku hanya terduduk di belakang.7.28 pagi. Kami perlu tiba seawal 7.30 pagi di wad pembedahan kerana rotation surgery ku.  

Setibanya di situ aku berlari sepantasnya untuk mengejar waktu. 

••••••••••

Dengan ‘whitecoat’ yang dipakai. Aku berjalan memerhati sekelililng. Kiri dan kanan. Ramai sungguh di hospital ini. Mereka juga begitu. Memerhati aku di sini. Seorang Amirah yang masih lagi baru mengenal kehidupan di tempat asing ini. 

••••••••••

Sudah 2 pesakit dijumpai. Kami sekumpulan pelajar medic berkumpul. Dibincangnya semua yang menjadi tanda tanya. Berkongsi info demi memahami apa yang terjadi. 

Mata ku tertoleh pada seorang makcik di atas katil, rupanya dia tersenyum melihat telatah kami, lalu ke tegur dengan senyum ku padanya juga 

•••••••••••


Di hospital ini 
Aku melihat, betapa manusia berharap untuk dipulihkan. 
Betapa manusia tidak putus harapan. 

Betapa manusia direlakan untuk dibantu, asal ada yang sudi memerhati dan memberi. 

Perlunya yang berbuat. Menyambut semua keperluan. 
Yang diluar masih perlukan bantuan, pertolongan. 

Asal kamu pemberi, 
Bergegas untuk berbuat semampu mu,kerana hanya kamu yang mampu
berusaha sedayamu,
Kerana kamu utuh berbuat itu. 

Asal kamu belajar tentang erti usaha...
Lagi... lagi... dan lagi...
Tiada henti 

Belajarlah, sehingga kamu mahir meskipun kamu bertatih


Belajar lah erti harapan dan kehidupan
Besar harganya. 

Surah Luqman 31 : 22
Dan barang siapa berserah diri kepada Allah, sedang dia berbuat kebaikan, maka sesugguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali) yang kukuh. Hanya kepada Allah kesudahan segala urusan. 

9.00pm
22/1/2019
Hayaah 




CARA MENERBITKAN BUKU DI MALAYSIA